Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya Bernama Hj.Teepo.
Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada.
Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar
hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.
Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah
ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta
juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan
kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak
dihiraukannya.
Kerana makan terlalu banyak dan
mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak,
satu hari
Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan
padam dalam
masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia
ini,
tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.
Maka dipanggillah anak
isterinya untuk berwasiat.
“Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku.
Aku dah banyak merasa
kemewahan di dunia ini.
Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo
dengan genangan air mata.
"Kenapa begitu bang?" tanya isterinya.
"Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi.
Isterinya terdiam,tapi hatinya berbisik,
"Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati
suamiku."
Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo
berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak
sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri
Hj.Teepo.
"Bang", bisiknya perlahan.
"Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami,
berilah tahu kenapa abang nak
dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat
keadaan kain itu bang.
Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan
abang selama ini?"
Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara,
"Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus
menghampiri suaminya.
Dengan nada yang
sedih Hj.Teepo bersuara,
"Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang lakukan selama ini.
Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah
kemewahan yang I rasakan.
Biarlah I dikebumikan dengan kain
buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu.
"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan
berkain kapan yang
buruk begitu?" tanyanya lagi.
"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk,
nanti Malaikat
Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga
akan fikir abang dah
kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi.
Jadi selamatlah abang...."
"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus
terlentang kerana terkejut
berok dengan penjelasan suaminya.
P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik
le iktibar