Sepetang Di Kedah

Di bandaraya Kedah petang tu agak lengang sedikit sebab orang ramai bercuti sempena tahun baru,kelihatan beberapa orang anggota polis dan trafik sibuk melakukan pemeriksaan didalam satu sekatan jalan raya.
Kesemua pemandu motosikal diarahkan ketepi jalan raya untuk pemeriksaan lesen memandu,cukai jalan dan sebagainya.


Polis : Ketepi semuanya ye penunggang motosikal... jerit seorang sarjan trafik...!

tiba-tiba seorang penunggang cuba mengelak dalam sekatan tersebut...

Polis : hoi...hang nak lari mana tu..
Samat : tak da mana-mana tok..saja nak kedepan tu.ja..
Polis : lesen dan i/c hang ada..
Samat : ada tok..
Polis : hang P mana ?
Samat : tak dak nak pi mana pun!
Polis : aku tanya hang ni ? P mana?..
Samat : kan saya ada depan tok nie !..tok tak nampak ka.?
Polis : hang jangan nak loyar buruk ngan aku tau! aku tanya lain hang jawab lain.aku tanya hang nie lesen "P" ,tapi kat muto hang tak da pun hurup "P",
sebab tu aku tanya p mana?
Samat : oh..cek lupa nak tampai la tok?
Polis : oh..hang lupa nak tampai na..hang sain kat sini sat,yang ini hang kompom tak lupa punya..
Samat : habih..cek kena saman la..nie ye tok?
Polis : ya..la..nak buat macam mana, aku lupa nak padam nama hang kat surat nie tadi, pasai hang loyar buruk ngan aku.padam muka dengan hang..!
Samat : kena pulak aku...haram toi polis ni..!!


 

0 comments: